Seebelum nama calon diumumkan ramai yang tidoq tak lena sebab dok pikiaq dan takut nanti tak dicalonkan. Nih selepas nama pun dah tau ada juga yang tidaok tak juga boleh lena sebab hangat hati kerena tak terpilih. Pun ada juga yang tak buleh nak lenan sebab terlalu syoq sebab nama dah naik.
Bagi ribut yang dapat peluang untuk menjadi wakil, alhamdulillah tahniah kerana rezeki yang allah berikan hari ini. Namun kena lah ingat nanti lepas menang dalam pilihanraya nanti ,tak payah nak buat-buat lupa pada oghang kampung yang sokong siang malam sampai kita boleh menang.
Ribut sebenaqnya dah banyak kali jumpa dengan Yb mee segera nih. Masa nak dapat undi sabut nyoq pun depa sanggup makan. Makala oghang kampung sughuh bagi makan ayam dalam lau pun depa buat. Tapi bila dah dapat tittle YB haaa..toksah kata nak kenai oghang kampung, masuk kampung pun dah tak gheti nak buat dah.
Ribut paling suka sebab oghang kuat kat Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Langkawi. Bukan sebab ribut rapat dengan dia, tapi kerana ribut kenai sangat sifat dia yang sanggup masuk hutan, terjun selut malahan sanggup bersengkang mata demi oghang kampung di pulau ini.
Ramai yang kata UMNO Langkawi tak berterima kasih pada Tun Dr Mahathir Mohamed yang telah mengubah Langkawi satu masa dulu bagaikan pulau jin bertendang kepada satu destinasi pelanconngan yang terbilang. Itu tafsiran yang tak pernah kenai orang Langkawi.
Ribut pernah bersembang dengan DatukMukhriz anak Tun Dr Mahathir yang diosebut-sebut akan menjadi calon Parlimen di Langkawi menggantikan Datuk Padauka Abu Bakar. Semua oghang tahu, Mukhriz layak untuk menjadi calon, cuma waktu dan ketika sahaja yang belum sesuai. Sebagai ogahnag muda macam ribut satu masa dulu, kenalah berjinak dan bermesra dahulu dengan warga Langkawi. Kerana kata perpatah Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Rasa hati oghang Langkawi memang kena jaga. Tun juga amat kita hargai. Cuma politik kini memerlukan sedikit rasa pengorbanan demi untuk mencapai kemenangan. Datuk Paduka Abu bakar sememangnya sudah masak dengan senario politik di kawasan itu, mungkin sekiranya beliau berundur dengan tergesa-gesa nanti oghang ramai akan tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Ini semua akan mengundang bahaya di dalam pilihanraya umum ke 12 nanti.
jadi biarlah cerita mereka yang dicalon tercalon atau dihilangkan nama yang dicalonkan akan menjadi sejarah dan warna-warna politik di sini
RIBUT DI SANA RIBUT DI SINI
Friday, February 22, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
